Goldsgymkl Uncategorized 3 Cara Cepat Bayar Hutang Pinjaman Peribadi Dengan Cepat

3 Cara Cepat Bayar Hutang Pinjaman Peribadi Dengan Cepat

Memiliki rumah baharu yang mewah, kereta baharu atau telefon pintar terkini semuanya kelihatan hebat dari perspektif luar. Tetapi orang lain tidak melihat beban tambahan yang dibawa dengan pembelian tersebut. Semua pinjaman tambahan ini menjadi kerumitan yang ingin anda hapuskan dengan cepat. Adakah anda tahu sebenarnya ada cara mudah untuk melakukannya? Mari kita lihat tiga cara cepat bayar hutang pinjaman peribadi.

Membuat Bayaran Tambahan 

Cara yang pertama untuk bayar pinjaman peribadi dengan cepat ialah untuk membuat bayaran tambahan setiap bulan. Contohnya, jika anda mempunyai hutang sejumlah RM1200 sebulan, cuba bayar RM1200 extra dalam tahun itu untuk mempercepatkan proses bayar balik.

Namun, kaedah ini tidak begitu senang untuk semua orang membuat satu bayaran RM1200 secara lumpsum setiap tahun. Jangan risau, anda masih boleh ikut kaedah ini. Untuk meringankan beban anda, bayaran extra boleh dibahagikan. RM1200 itu boleh dibahagikan tiap-tiap bulan untuk menjadi extra RM100 sebulan sahaja.

Jadi, anda mengurangkan tempoh masa hutang pinjaman peribadi untuk fokus kepada perbelanjaan lain.

Kurangkan Perbelanjaan 

Apabila anda ada mempunyai hutang, anda perlu berkorban aktiviti masa lapang. Bukan semua lah, kan kita masih perlu nikmati kehidupan anda. Dengan kurangkan aktiviti masa lapang dan makan di luar, anda boleh menjimatkan banyak duit. Baki yang anda mengumpulkan dari penjimatan anda, boleh digunakan untuk bayar hutang yang belum diselesaikan. Sebagai contoh, jika anda dapat menjimat RM200 lebih dari bulan dahulu, simpan lah duit itu untuk pembayaran hutang. Lebih cepat langsai hutang, lebih cepat anda boleh meningkatkan gaya hidup anda. 

Kaedah Snowball

Cara seterusnya adalah kaedah yang lebih popular kerana ia amat berkesan. Teori tersebut adalah kaedah snowball. Kaedah ini bak kata pepatah “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”. Bayangkan hutang anda tersebut seperti sebuah snowball menuruni bukit. Snowball itu bermula kecil, tetapi ia menjadi lebih besar apabila menuruni bukit itu.

Anda perlu bermula dengan menyelesaikan hutang terendah dulu. Apabila anda selesaikan hutang itu, anda akan nampak hasil kerja keras anda dan mendapat motivasi untuk bayar hutang yang belum selesai.

Kalau anda rasa tips tersebut sangat membantu, jom melihat tiga lagi tips untuk hapuskan hutang kad kredit, yang orang bank pun tidak tahu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post